

Sapa yang ingat suam2 kuku mengenai filem ni, ce tengok kat bawah jap trailer daripada movie The Curious Case of Benjamin Button ini. Then you'll get the idea...
Tapi macam biasalah, kalau masuk movie Hollywood ni sememangnya realiti akan ditukar dan dicampur kepada macam2 untuk menyedapkan cerita. Realiti selalunya is not as sweet as in the movies so you guys kena ingat banyak2 tu. Jangan asyik sangka hidup ni macam dalam TV3 Cerekarama aje okay? Always nak ade happy ending aje..tapi usaha tak dak..apa pun tak dak..eh apa yang aku merepek ni? hahahaha~~~Tiongg

Enam tahun yang lepas, Matthew (39 tahun) dan Micheal (42 tahun) merupakan dua orang lelaki dewasa yang berkerjaya dan berkeluarga. Micheal bertugas di Royal Air Force kemudian bertugas membuat kabinet manakala Matthew pula bekerja di kilang sementara membesarkan anaknya, seorang remaja perempuan. Ibu bapa kepada kedua beradik ini, berumur dalam 60-an sudah bersara dan berpindah daripada UK kepada Spain untuk menghabiskan usia tua mereka.
Matthew dan Micheal
Segalanya berubah pada 2007 dimana kedua2 adik beradik ini telah hilang khabar. Panggilan telefon tidak diangkat/dijawab dan mereka hilang dengan begitu sahaja. Micheal merempat dan akhirnya ditemui di rumah kebajikan dan akhirnya dibawa ke hospital oleh pekerja sosial di sana. Matthew akhirnya menyusul. Mereka berdua telah dikenalpasti mengidap penyakit Leukodystrophy, penyakit yang ini masih belum menemui ubatnya yang menyerang white matter di dalam Central Nervous System ita; iaitu saraf tunjang dan otak. Keadaan penyakit mereka terlalu serius sehinggakan penyakit ini bukan sahaja menyusutkan tubuh badan fizikal mereka, tetapi tahap emosi dan mental mereka juga.

Kini, umur mental mereka dikatakan mencecah 7 tahun. Ibu bapa mereka memberitahu, untuk menjaga mereka kini menyerupai menjaga kanak2 yang menyukai permainan dan bergaduh ketika bermain Monopoly. Mereka juga kerap bangun tidur di waktu malam.
Terdapat 40 jenis penyakit genetik seperti ini dan sehingga kini masih belum ditemui ubatnya..
Sumber: Yahoo dan youtube.com


keciannya kat dorang,, dah takdir doran macam tu,,, harapan ku agar saintis tka give up mengkaji,,, http://mujadafewa.blogspot.com/2012/12/biarkan-sahaja-dia-dengan-kekecewaannya.html
ReplyDelete:) yep2..betul tu
Delete