Pages

Wednesday, December 5, 2012

Kemurungan Sewaktu Menghidapi Penyakit Kritikal

Penyakit kronik dan kemurungan merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan. Penyakit ronik atau kritikal merupakan satu keadaan dimana pesakit di dalam keadaan kesakitan dalam satu jangka masa yang lama dan ianya tidak mampu disembuhkan secara total. Antara penyait kronik adalah seperti diabetes, masalah jantung, HIV/AIDS dan sebagainya... 



Ramai dikalangan pesakit penyakit kronik ini turut juga mengalami kemurungan (depression). Kajian menganggarkan sebanyak 1/3 daripada jumlah pesakit kronik ini turut mengalami kemurungan..

   
Jadi apa yang perlu ahli keluarga lakukan sekiranya menghadapi situasi ini..?

Kebanyakan ahli keluarga tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk menjaga pesakit yang menghadapi penyakit ini. Berikut adalah beberapa points yang boleh dilakukan oleh pesakit bagi membantu ahli keluarga mereka untuk memahami situasi penyakit mereka:

1) Berterus terang dengan ahli keluarga. Bawa sekali pasangan anda bertemu dengan doktor semasa membuat rawatan supaya mereka boleh memahami perkembangan dan situasi penyait anda. Perbincangan yang jujur antara anda dan ahli keluarga amat penting terutama sekali isu limitasi dan rawatan yang disarankan oleh pakar. Ingatlah, anda adalah lebih daripada penyakit itu sendiri.



2.  Beri masa kepada ahli keluarga untuk menerima kenyataan penyakit anda. Seperti anda, mereka juga memerlukan masa untuk menerima kenyataan bahawa orang kesayangan mereka ada menghidapi penyakit kronik ini. Pembelajaran penerimaan ini merupakan proses yang berpanjangan, bukan sekali cakap terus diorang paham. Untuk pesakit pula, jangan sekali2 menyalahkan ahli keluarga anda sekiranya mereka gagal memahami situasi anda. Ingatlah, mereka bukan manusia yang sempurna dan mereka juga berusaha sehabis baik untuk menyesuaikan diri mereka.


Ada antara mereka yang pernah berjumpa dengan wa memberitahu bahawa mereka tidak tahu untuk bercakap mengenai apa bila berjumpa dengan pesakit ini. Ramai yang mempunyai "urge" atau keinginan untuk menyatakan ayat2 yang bombastik dan fantastik untuk pesakit rasa selesa. Ada juga yang sudahpun berbuat demikian tetapi tidak mendatangan sebarang perubahan kepada pesakit. Lebih memburukkan keadaan, membuat pesakit lebih berkecil hati dan terasa. 


Words are not necessary, dear. Kalau tak mampu nak bercakap pun tak pe..but your presence matters. 

2 comments:

Kata2 yang baik..nasihat yang baik2 sahaja dialu2kan :)
Thank You! :)

Copyright© All Rights Reserved labyrinthandherworld.blogspot.com