Bolehkah lelaki dan wanita hanya sekadar berkawan?
Satu soalan, can woman and man be JUST friends?
Perdebatan terhadap soalan ini memang sudah berlanjutan berdekad2 lamanya. Sekiranya soalan ini ditanya, sememangnya jawapannya akan terdiri daripada "Ya" dan "Tidak". Setiap perhubungan itu selalunya dimulai dengan sebuah persahabatan kemudiannya timbul bibit2 cinta yang membawa kepada percintaan. Sekiranya hubungan cinta itu kekal, selalunya pasangan akan membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga dan membina sebuah keluarga bersama. Jarak masa perubahan hubungan (sahabat -> bercinta) ini selalunya berbeza mengikut setiap pasangan. Ada yang mengambil masa bertahun, ada yang mengambil masa berbulan, ada yang mengambil masa berminggu...malah ada yang berhari!
Ada juga pasangan sahabat kekal bersahabat sehingga masing2 menemui pasangan hidup yang lain. Tetapi ada juga pasangan sahabat yang memendam perasaan (samada lelaki atau perempuan) dan mengambil keputusan untuk mendiamkan diri demi menjaga persahabatan yang telah dibina. Dan takut juga untuk terima hakikat kalau diri kena rejek dan berlakunya situasi awkwardness (kekok) apabila berjumpa keesokan harinya?
Menurut kajian, selalunya lelaki berbanding dengan wanita mempunyai masalah dengan status "just friends" ini. Lelaki, yang selalunya akan tertarik dahulu dengan wanita di dalam satu hubungan platonik berbanding wanita (hihihi). Guys, what do you think of this statement? Bukan wa yang cakap tau, hihi kajian yang cakap. Pemerhatian juga turut telah dijalankan keatas pasangan (persahabatan) berlainan jantina ini turut mendapati bahawa terdapat terlalu banyak potensi timbulnya intimasi atau bibit2 cinta sehingga akhirnya menimbulkan komplikasi dikemudian hari. Namun begitu, hasil kajian ini berubah dengan pasangan sahabat yang lebih berumur. Wa rasa kematangan memainkan peranan yang penting. Mungkin time dak2 sekolah dolu kalo berkawan tu, kemungkinan tu tinggi untuk ke arah bercintan cintun ni. Mungkin bila sudah berusia, when kematangan kicks in dan hormon remaja pun dah stabil, masing2 pun dah pandai buat keputusan samada hubungan persahabatan ini kekal sahabat atau menjadi lebih dari itu.
Jadi bagaimana untuk membezakan samada anda "bercinta" atau "bersahabat" dengan rakan anda sendiri? wa ada beberapa soalan cekpoint dibawah, sila jawab dengan jujuq sekali ye?
Soalan untuk wanita:
- Sekiranya sahabat anda gagal/lambat menjawab/membalas panggilan/sms tepat pada masanya, adakah anda akan terus merajuk dan terus tarik muncung panjang?
- Adakah anda akan mengadu dengan rakan2 wanita anda yang lain bahawa "sahabat" anda tidak membalas/menjawab sms/panggilan anda?
- Adakah anda berasa marah/merajuk/terkilan/sedih apabila sahabat lelaki anda kelihatan lebih bercakap dan menumpukan perhatian dengan sahabat wanita yang lain?
- Adakah anda akan naik marah sekiranya sahabat wanita lain mengetahui sesuatu mengenai sahabat lelaki terlebih dahulu daripada anda sendiri?
- Adakah anda suka bercakap mengenai sahabat lelaki anda dan banyak menghabiskan masa menceritakan perihal anda dan sahabat lelaki anda kepada sahabat2 wanita yang lain? sehinggakan ada rakan wanita anda mula bertanyakan perasaan anda kepada sahabat lelaki anda itu? ataupun adakah ada diantara sahabat wanita mula menjadi muak dengan topik perbualan setiap kali berjumpa?
- Adakah anda mula rasa rindu apabila tidak berjumpa dalam satu jangka masa?
Sekiranya ya, tahniah diucapkan. anda sebenarnya mencintai sahabat anda sendiri =)
Soalan tambahan untuk lelaki. Anda perlu menjawab soalan diatas dan soalan tambahan dibawah ini:
- Adakah anda sanggup meninggalkan sahabat lelaki anda demi menghabiskan masa anda bersama sahabat wanita ini? Contohnya: Sedang lepak minum di kedai mamak bersama guys kemudian meninggalkan mereka kerana menerima sms/call untuk keluar minum dengan sahabat wanita.
Sebenarnya bercinta dengan rakan sendiri bukan sesuatu yang salah. Pada wa, kalau dah suka, tak de salahnya untuk kita mencuba. Kalau dah rasa serasi apa salahnya? Perasaan cinta dan benci bukan sesuatu yang perlu dipaksa. Tapi janganlah sebab rasa dah tak de pilihan, maka main rembat aje sahabat itu buat pasangan. Lebih teruk lagi, kemudian berjumpa pulak selepas itu dengan orang yang betul2 kita suka dan cinta. Disebabkan sahabat itu sudah menjadi pasangan, ada yang sanggup meninggalkan begitu sahaja. Itu kejam namanya. Fikir dulu sebelum bertindak ye? Tepuk dada tanya hati :)
yezz! bagi hanna, laki ngn pmpn xboleh jd bff sbb selalunye cinta akan jdi penghlngnya..percayelah..
ReplyDeletenice info, shuke shuke :D
http://www.farhanabiella.my/2013/01/muka-aku-tak-unikblzzzzrr.html
Hihi semua orang ada pandangan yang tersendiri..thank you for reading ya? :)
DeleteDeeDee Azwa...
ReplyDeleteGua ngan sorang awek nih dah lebih 16 tahun BFF ... takder masalah pon... Gua dah kawin dan ader anak 4 ... dier belum lagi kawin.. pasai boifren dier masih tak masuk meminang... hahaha
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Congratulations kepada saudara kerana mempunyai sahabat yang baik dan kekal sehingga kini. Like i said before, sememangnya memang banyak pendapat yang pelbagai berkaitan dengan isu ini. Ada yang kata "Ya" dan ada jugak yang kata "Tidak".
DeletePada wa, friendship is something very precious baik sesama jantina ataupun berlainan jantina :)