Pages

Thursday, January 31, 2013

Penyakit Mental Dan Perbuatan Sihir



Apa itu penyakit mental? Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan kepada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkahlaku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik. 

Kajian pemantauan penyakit mental yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996 mendapati hampir 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakit mental. Setiap tahun, statistik ini dikhabarkan meningkat seiring dengan arus kemodenan zaman kini. Pada tahun 2011, pesakit mental ini (yang telah direkodkan oleh Kementerian Kesihatan) adalah sebanyak 15.6% daripada populasi Malaysia. 


Namun begitu, malang tidak berbau..meskipun zaman kini dikatakan moden, segelintir ahli masyarakat kita gemar mengaitkan penyakit mental ini dengan perbuatan sihir. Pengarah Hospital Permai Johor Bahru; Dr bdul Kadir Abu Bakar (2012) berkata, kita tidak boleh menafikan kewujudan sihir yang mana perbuatan (atau kejadian) luar biasa dilakukan oleh manusia secara tersembunyi (ghaib) dengan membabitkan makhluk halus. Sihir dan penyakit mental adalah dua perkara yang berbeza.


Jadi bagaimana untuk membezakan antara penyakit mental dan perbuatan sihir? Berikut wa menyenaraikan tanda2 atau simtom2 seseorang itu mengalami penyakit mental:

  1. Mengalami perasaan sedih dan down
  2. Kecelaruan dalam fikiran atau ketidakmampuan untuk menumpukan perhatian (blank)
  3. Mengalami perasaan ketakutan atau kebimbangan dengan melampau
  4. Perubahan mood yang ekstrem (e.g. sekejap menangis, kemudian ketawa)
  5. Mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan
  6. Rasa penat yang berpanjangan, kekurangan tenaga dan masalah tidur
  7. Mengalami halusinasi, delusi dan paranoia
  8. Ketidakmampuan untuk mengawal stress dan masalah harian
  9. Mengalami perasaan bersalah dengan melampau
  10. Menyalahgunaan arak dan dadah
  11. Perubahan drastik kebiasaan makan dan aktiviti seksual
  12. Memiliki idea untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri
  13. Perasaan marah/agresif secara melampau
Menurut Ustaz Sharhan (2012) berkongsi ilmunya di dalam blognya (Klik Sini) dimana terdapat tanda2 seseorang itu disihir semasa berjaga dan juga di dalam tidurnya. Antara tanda di dalam jaga adalah:

  1. berdebar tanpa sebab
  2. bangun tidur ada kesan cakap atau kesan lebam pada tubuh
  3. rasa sakit, tetapi bila jumpa doktor tidak berjumpa apa2 yang tidak kena dengan anda
  4. lenguh2 pada sendi utama
  5. mengantuk dalam majlis ilmu

Tanda2 yang ada semasa tidur adalah:
  1. Mimpi jatuh dari tempat tinggi dan terkejut
  2. Mimpi berada di tempat kotor atau kawasan perkuburan
  3. Mimpi benda2 tajam
  4. Mimpi ular (kata ustaz, kalau kena patuk, konfem kena sihir..mmm tapi wa rasa wa selalu aje mimpi ular dolu huhu kena gigit pun selalu?)
  5. Mimpi budak kecil; diriba atau menyusu
  6. Mimpi tengok lembaga dan ketakutan
  7. Mimpi orang yang dah mati terutama kaum kerabat, beri sesuatu kepada kita dalam mimpi (Kata ustaz = mewariskan
  8. Mimpi binatang
It's called "rime", caused by a freezing fog

Ini saja wa nak kongsi dengan korang untuk hari ni. You guys take care and wa sayang kamoo semua :) take care :)  

The Expendables Being Awesome


Rujukan

1) Symptoms of Mental Illness. (2012). Mayo Clinic. Daripada: http://www.mayoclinic.com/health/mental-illness/DS01104/DSECTION=symptoms

2) Isu Penyakit Mental: Bezakan Sihir Dan Sakit Mental. (2012). Wartawan Sinar Harian. Daripada: http://www.sinarharian.com.my/nasional/isu-sakit-mental-bezakan-sihir-dan-sakit-mental-1.69326

3) Ustaz Sharhan Kongsi Tanda2 Terkena Sihir, Saka Dan Gangguan Jin. SunahSukaSakura. Daripada: http://www.sunahsukasakura.com/2012/10/ustaz-sharhan-kongsi-tanda-tanda.html
 


3 comments:

  1. Salam.
    Saudara minta pautan(LINK) blog http://revolusifikiran.blogspot.com dlm blog tuan. Sy senaraikan blog saudara dalam senarai BLOG MACAM-MACAM ADA. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai gambar-gambar dan fakta-fakta yang menarik. Terima kasih kerjasama saudara.

    ReplyDelete
  2. ini hanya dunia, kalau jadi macai pun, silap-silap lingkup dan kena cekup juga. insaflah sebelum buat lagi kerja gila ni.

    ReplyDelete

Kata2 yang baik..nasihat yang baik2 sahaja dialu2kan :)
Thank You! :)

Copyright© All Rights Reserved labyrinthandherworld.blogspot.com