Pages

Tuesday, February 5, 2013

Jenis-jenis Penyakit Mental



Telah menjadi satu kebiasaan di dalam masyarakat kita yang mana penggunaan perkataan seperti psycho, depressed, gila digunakan secara meluas di dalam perbualan sehari-hari. Meskipun ini menunjukkan rata2nya menggunakan perkataan tersebut bertujuan untuk menyampaikan maksudnya, malangnya ramai yang memandang rendah/gagal memahami maksud sebenar dengan terma dan definasi penyakit tersebut.



Penyakit mental ini diklasifikasikan didalam beberapa jenis kelompok/tema yang besar. Terdapat enam jenis klasifikasi penyakit mental yang utama:
1.  Kebimbangan (Anxiety Disorders)
  • Pesakit memiliki penyakit kebimbangan yang melampau ini memberi reaksi/tindakbalas yang spesifik terhadap sesuatu situasi, individu dan objek. Pesakit akan mengalami simtom seperti degupan jantung yang deras dan kuat, berpeluh (orang kata berpeluh sejuk) dan ini menyebabkan kesukaran bagi pesakit ini untuk menjalani kehidupan sehari2. Antara penyakit mental yang termasuk di dalam kategori ini adalah Generalized Anxiety Disorder (GAD), Obesessive Compulsive Disorder (OCD), Panic Disorder, Social Anxiety Disorder dan fobia spesifik.


2. Mood Disorders
  • Ia melibatkan perubahan perasaan yang dialami pesakit secara mendadak. Pesakit mengalami kesedihan yang melampau (depression) dan kemudian berubah menjadi terlalu gembira (euphoria). Antara penyakit yang termasuk di dalam kategori ini adalah Depression, Mania dan Bipolar Disorder.

3. Psikotik (Psychotic Disorders)
  • Penyakit ini melibatkan kecelaruan kesedaran dan proses fikiran seseorang pesakit itu sehingga tidak dapat membezakan antara imaginasi dan realiti. Simtom yang selalunya timbul di dalam kategori penyakit ini adalah halusinasi (hallucination) dimana pesakit mendengar suara2, melihat gambaran, bau, rasa melalui lidah atau kulit yang tidak ada. Penyakit Schizophrenia ini termasuk di dalam kategori.


4. Kecelaruan Pemakanan (Eating Disorders)
  • Penyakit ini melibatkan emosi dan tingkahlaku yang ekstrem melibatkan berat badan dan makanan. Penyakit seperti Bulimia, Aneroxia Nervosa, Binge Eating Disorder termasuk di dalam kategori ini.

 

5. Impulse Control and Addiction Disorders
  • Pesakit mengalami kesukaran untuk menolak keinginan melakukan perbuatan yang boleh mencederakan diri. atau orang lain. Penyakit mental seperti Pyromania (membakar api), Kleptomania (mencuri), Compulsive gambling (ketagih judi). Arak dan dadah selalunya digunakan di dalam menagih. Pesakit yang terlibat di dalam aktiviti penagihan ini tidak lagi dapat memberikan komitmen di dalam perhubungan dan melaksanakan tanggungjawab.

6. Personality Disorders
  • Pesakit mempunyai personaliti tret jenis ekstrem yang amat menekan sehingga menyebabkan kepincangan di dalam kerjaya, sekolah, hubungan sosial. Pesakit juga turut memiliki paten fikiran dan sikap yang jauh daripada jangkaan masyarakat. Antara penyakit yang termasuk di dalam kelompok ini adalah Antisocial Personality Disorders, Obsessive Compulsive Disorders dan Paranoid Personality Disorders.

3 comments:

  1. Nice wawa...good job...teruskan usaha anda...a DDS terfikir mau bt entry psal mental ni tp ujung2 xjg buat...mlas la katakan haha

    ReplyDelete
  2. dasar macai jual pill gila, nanti tak pasal-pasal masuk hospital gila

    ReplyDelete

Kata2 yang baik..nasihat yang baik2 sahaja dialu2kan :)
Thank You! :)

Copyright© All Rights Reserved labyrinthandherworld.blogspot.com