Pages

Wednesday, February 6, 2013

Tutorial SPSS (2): SPSS Windows



Antara windows yang akan kita gunakan di dalam SPSS adalah Data Editor, the Viewer, Pivot Table Editor, Chart Editor dan Syntax Editor. Wa cuma terangkan secara am sahaja disini bagi membantu pelajar lain memahami fungsi dan tujuan setiap windows ini secara ringkas =)

Setiap windows ini boleh ditekan2 dan ditukar oleh pengguna pada setiap masa mengikut keperluan pengguna itu sendiri semasa mengisi, proses dan melakukan interpretasi data. Kalau masa mula2 pakai perisian ni, memang rasa tak biasa dan kekok. Tapi percaya ajelah cakap wa..kalau korang dah biasa nanti, memang tak de masalah la =) insya-allah korang boleh buat punya..just believe in yourself and keep on practice okay?


1. Data Editor Window


Dalam windows ini, disinilah segala data anda akan disusun. Antara fungsi ini pengguna boleh save data, open data, membuka data baru, mengisi data, melakukan perubahan di dalam data lama dan akhirnya melaksanakan analisis data. 


2. Viewer Window


Apabila anda melakukan sebarang analisis data, Viewer Windows akan dibuka secara automatic. Windows ini akan menunjukkan jalan kerja pengguna dan keputusan statistik yang dikeluarka berdasarkan pemilihan statistik pengguna dalam percubaan untuk menjawab soalan kajian. Di dalam windows ini, pengguna boleh mengubah output, hapus data, copy data, save data, atau transfer data di dalam Microsoft Word. Anda juga boleh print terus kalau mahu.. =)


3. Pivot Table Editor Window


Jadual yang anda lihat diatas ini digelar Pivot Table Editor Window. Ianya boleh diedit mengikut kesesuaian pengguna. Untuk mengubah rupa jadual ini, anda boleh double click jadual yang diingini, dan akan keluar kotak macam kat atas. Itulah yang dipanggil Pivot Table Editor. Anda boleh menggunakan editor ini untuk mengubah rupa jadual seperti saiz, font, dimensi di dalam column dan sebagainya.

4. Chart Editor Window


Apabila anda mahu SPSS menghasilkan sebuah carta (e.g. histogram, bar graph atau scatterplot), ia boleh dilihat di dalam viewer window. Sekiranya anda ingin melakukan perubahan graf tersebut, pengguna boleh pergi ke chart editor windo dengan double klik atas graf anda. Di dalam windows ini, anda boleh mengubah rupa graf seperti font, saiz, format dan sebagainya.

5. Syntax Editor


Syntax Editor ini amat berguna apabila anda perlu mengulangi proses analisis yang sama atau membuat banyak graf yang sama. Anda boleh menggunakan SPSS normal menu untuk setting arahan asas untuk teknik statistik yang tertentu kemudian "paste" keatas Syntax Editor. Syntax ini membenarkan aktiviti copy and paste arahan, dan melakukan perubahan kepada arahan yang keluarkan oleh SPSS.  

3D Latte Art

Okay..itu sahaja untuk hari ini. Hihi semalam wa check berapa orang dah baca post SPSS Tutorial wa haha..cuma 9 orang aja yang baca =) hahaha I guess I just need to work harder from now on  

4 comments:

  1. hehe tetiba teringat subjek statistic y killer bagi ktorang..

    n untuk ktorg siapkan assignement ktorg kena guna benda alah ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you for taking your time reading my blog :)

      Delete
  2. Assalamualaikum...penerangan yang baik dan panduan yg berkesan. sharing is caring.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...penerangan yang baik dan panduan yg berkesan. sharing is caring.

    ReplyDelete

Kata2 yang baik..nasihat yang baik2 sahaja dialu2kan :)
Thank You! :)

Copyright© All Rights Reserved labyrinthandherworld.blogspot.com